Monday 6 August 2012

Pelakon- pelakon Teater Lagenda


Siapakah antara pelakon-pelakon Teater Lagenda ini?
Untuk pengetahuan semua, pelakon Teater Lagenda terdiri daripada pelajar semester akhir jurusan lakonan di Fakulti Filem, Teater & Animasi.
Pelajar-pelajar ini telah dilatih menjadi pelakon-pelakon professional selama lima semester oleh lecturer-lecturer kami yang juga berkecimpung dalam industri lakonan ini.
Oleh itu, identiti sebenar mereka kami masih rahsiakan untuk membuatkan anda tertanya-tanya siapakah mereka ini.
Anda pasti akan tertarik dengan lakonan mereka kerana mereka semua berbakat besar.
Sila ikuti perkembangan kami akan datang untuk pengenalan kepada para pelakon teater ini.



Ibu Mertuaku Episode 1



Genre

Melodrama

SINOPSIS TEATER IBU MERTUAKU EPISODE 1

Teater Ibu Mertuaku Episod 1 adalah sebuah teater yang berkonsepkan Melodrama yang mengisahkan kisah percintaan Sabariah dan Kassim Selamat yang tidak kesampaian kerana disebabkan  seorang ibu mertua yang kejam dan pentingkan diri sendiri iaitu Nyonya Mansoor. Kisah percintaan mereka bermula apabila lagu-lagu Kassim Selamat sering diputarkan di radio Singapura. Malangnya, ibu Sabariah iaitu Nyonya Mansoor tidak suka kepada lelaki yang berkarier sebagai seorang ahli muzik. Nyonya Mansoor lebih mahukan Sabariah berkhawin dengan Dr Ismadi pilihannya sendiri kerana status pangkat dan keturunan. Sabariah membuat keputusan untuk bersama dan berkhawin dengan Kassim Selamat. Oleh kerana itu pilihan Sabariah, Nyonya Mansoor telah menikahkan anaknya dengan Kassim Selamat sebagai tanda protes serta Sabaraiah tidak dianggap lagi ahli keluarganya. Dengan bantuan sebanyak lima ribu ringgit dari Nyonya Manssor mereka telah berpindah ke Pulau Pinang. Lantaran daripada itu, kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan daif. Adakah kisah percintaan mereka akan berterusan atau sebaliknya, saksikanlah Teater Ibu Mertuaku Episod 1 kerana teater ini akan menggunakan implimentasi 'katak' dan juga teknik element 'kabuki'.

Pengarah


Umi Kalsom Ahmad
University of Science Malaysia, Performing Arts 1996



KATA-KATA PENGARAH 

"Ibu Mertuaku Episode 1 merupakan luahan rasa kotempori tradisi kabuki & hibrasi tempatan"

Thursday 26 July 2012

Ali Baba Bujang Lapok


Genre


SINOPSIS TEATER ALI BABA BUJANG LAPOK

Teater Ali Baba ialah gabungan dua buah filem iaitu Ali Baba dan Pendekar Bujang Lapuk yang akan diadaptasikan kepada teater Ali Baba Bujang Lapok. Cantuman dua buah filem ini akan menengahkan elemen ‘feminist’ iaitu yang akan diserlahkan melalui watak Marjina, Aini, Norsiah dan Ros yang hanya dianggap watak biasa namun mempunyai peranan yang amat besar dalam membantu orang yang berada disekelilingnya yang memerlukan bantuan mereka untuk menyelamatkan keadaan. Walaupun teater ini lebih berfokuskan kepada elemen  ‘feminist’, watak tiga orang lelaki dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok tetap diutamakan kerana watak inilah menjadi tunjang utama teater Ali Baba ini akan Nampak lebih menarik.
 
KONSEP TEATER ALI BABA BUJANG LAPUK
 
TEATER ALI BABA BUJANG LAPUK adalah gabungan 2 filem komedi P Ramlee yang terkenal iaitu Pendekar Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. Olahan ini cuba menampilkan dan memberi gaya baru pada karakter dan  watak-watak sampingan seperti Erni dan Marjinah yang menunjukkan kebijaksaan seorang gadis pembantu rumah dalam menyelesaikan masalah tuan rumahnya iaitu Pendekar Mustar dan Kassim Baba. Ali Baba Bujang Lapok cuba mengangkat feminis dalam olahan barunya yang bersahaja.

Pengarah

Mohd Saad Omar 
dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Teluk Intan Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Horley Methodist, Teluk Intan dan di sekolah Menengah Seri Perak Teluk Intan. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Fine Arts di Institut Teknologi Mara. Giat menulis teater sewaktu dikolej dibawah bimbingan Pusat Kebudayaan ITM. Antara teater yang telah dipentaskan oleh para pelajar berdasarkan skripnya adalah Hari Raya Selamat dan Kelab Jiwa Luka.
Pernah memenangi hadiah saguhati dalam sagu hati Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas Sempena 50 Tahun Merdeka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan teater bertajuk Langgam Merdeka pada tahun 2009. Himpunan tulisan skrip pentas itu diterbitkan oleh DBP dengan tajuk Satu Dalam Seribu.


KATA-KATA PENGARAH 
Dari segi konsep pula, Ali Baba Bujang Lapok mendapat inspirasi dari gaya Jerzy Grotowski  “Theatre of Poor”  dan semangat minimalism dari gaya  Peter Brooks dan lain-lain lagi. Ali Baba Bujang Lapok cuba mengaplikasikan ruang dan teknikal dengan gaya bersahaja dan santai.

Keluarga 69


Genre



SINOPSIS TEATER KELUARGA 69

Encik Bakar orang kaya telah mengusir anak tunggalnya, Osman kerana seringkali menghabiskan masa di kelab malam. Osman yang sudah hilang arah tuju telah membawa dirinya ke Ipoh, dan bertemu dengan Siti, seorang janda yang berasal dari tempat sama dengan Osman. Dalam masa yang sama, bekas suami Siti, Abu telah bekerja dengan Encik Bakar dan secara tidak disengajakan, Encik Bakar telah menaruh hati kepada Aminah, anak kepada Abu dan Siti. Sejurus dengan itu, Osman telah menikahi Siti manakala Bakar telah menikahi Aminah. Secara tiba-tiba, masalah mereka bertambah lagi apabila Abu turut berkahwin dengan bekas isteri Encik Bakar iaitu Cik Mah. Mereka berenam telah berada dalam sebuah permasalahan yang jarang berlaku dalam masyarakat, namun begitu persatuan mereka dengan satu sama lain masih dianggap sah.


Pengarah


Aminah Binti Abdul Rhapor

Bimbingan Seni Kompleks Budaya Neagara (KBN) (1986)
Sijil Seni Kreatif di Universiti Sains Malaysia (1987)
Ijazah Sarjana Muda Sastera pada (1988)

KATA-KATA PENGARAH



Musang Berjanggut



Genre
Teater tradisional yang menggunakan elemen-elemen, Bangsawan, Makyung dan Puisi

SINOPSIS TEATER MUSANG BERJANGGUT

Teater Musang Berjanggut merupakan satu persembahan teater tradisional yang menggunakan elemen-elemen, Bangsawan, Makyung dan Puisi. Cerita mengisahkan tentang seorang Raja Muda yang ingin mencari pasangan hidup seorang perempuan bukannya seorang betina. Baginya perempuan adalah seorang yang pandai menjaga maruahnya dan betina pula orang yang memperdagangkan maruahnya. Pencarian membawa Raja muda ke dalam pengembaraan dengan bertekad dihatinya selagi tiada perempuan yang sanggup memasak bahan dalam kantungnya selagi itulah rambut di badannya tidak digunting.
Puas berjalan sampailah Tun Nila utama di tepi pantai dan terserempak dengan sekumpulan gadis sedang bermain beramai-ramai. Teruja dengan kemanisan Puspawangi  bergurau senda dan terpikat dengan kebijaksaannya membawa Tun Nila berjumpa dengan keluarganya.  Tun Nila di layan sebagai tetamu,   seterusnya  meminta  makanan di masak dari kantung  yang dibawanya.  Tanpa banyak kerenah Puspawangi menyediakan makanan itu.   Gembira menyebabkan Tun Nila  mencukur rambut yang tumbuh dibadannya.  Sukacita membawa Tun Nila bersama isterinya Puspawangi Ke Pura Cendana berjumpa dengan Sultan Alam Shah Bana


Pengarah

 JUMILAH BT. MD. TAHIR
 Pensyarah  (Teater) , UiTM Puncak Perdana

Sarjana Sastera (Seni Lakon) , USM
Sarjana Muda Sastera (Seni Lakon), USM
Sijil Seni Kreatif (Seni Lakon), USM

KATA-KATA PENGARAH
‘Ingin berkongsi satu pengalaman tradisional bersama-sama dengan pelajar dan mengajar pelajar untuk mencintai satu persembahan tradisional’. – Jumi.


Teater Lagenda


Assalamualaikum!

Dalam entri yang sebelum ini saya ada sebut mengenai teater yang akan kami persembahkan pada anda semua kan?

Untuk informasi anda semua, Teater Lagenda ini merupakan Diploma Showcase kami.

Oleh itu di dalam entri ini saya akan memperkenalkan kepada anda semua mengenai Diploma Showcase kami iatu Teater Lagenda.

Mengenai apa Diploma Showcase Teater Lagenda ini?


Diploma Showcase September 2012 ini merupakan ujian akhir dan wajib dijalankan oleh pelajar semester 5 Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi Mara. Melalui program ini, semua pelajar semester akhir dari program pengurusan seni (CT 114 ) dan seni lakon ( CT 113 )  akan terlibat sebagai pelajar yang akan dinilai. Dalam usaha memastikan perlaksanaan Diploma Showcase  ini dapat dijalankan dengan lancar, kerjasama semua termasuklah pihak Pengurusan  Fakulti, ahli produksi, krew dan sukarelawan adalah merupakan salah satu aspek yang amat penting. Sesungguhnya, tanpa kerjasama semua pihak bermula dari pihak atasan sehingga ke pihak pelajar sendiri, usaha untuk menjayakan diploma showcase di kalangan para pelajar terutamanya pelajar semester akhir adalah merupakan sesuatu yang amat sukar dicapai. Projek ini dikelola dan diuruskan oleh pelajar Pengurusan Seni semester 5 ( semester akhir ) di bawah pengurusan produksi Sang Artisan Production [Creative & Event Management].

Diploma Showcase juga merupakan satu himpunan ilmu yang digunapakai bagi mempraktikkan segala urusan dalam menjayakan satu pementasan teater yang akan berlangsung pada bulan September 2012. Berteraskan pada kesungguhan dan kerjasama semua pihak serta aplikasi ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan empat buah pementasan teater dari skrip Tan Sri P.Ramlee . Antaranya ialah Ibu Mertuaku, Musang Berjanggut,Ali Baba Bujang Lapok, dan Keluarga 69. Karya dari Tan Sri P.Ramlee juga dipilih ini kerana hasil karya tidak pernah dilupa oleh peminatnya dari semua genap lapisan umur. Tan Sri P. Ramlee adalah ’role model’ bagi pengiat seni di tanah air ini. Karyanya akan diolah semula oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dari UiTM.

Di antara objektif utama Diploma Showcase ini dirancang adalah bagi menjayakan penilaian akhir yang akan dilakukan oleh para pensyarah selain membuka peluang dan memberikan pendedahan jelas kepada pelajar  mengenai kepentingan kerjasama dan pergaulan positif yang merupakan salah satu ciri-ciri mahasiswa berketrampilan yang memenuhi kehendak dan keperluan semasa diperlukan di pasaran selain dari kecemerlangan akademik.  Langkah menganjurkan program seperti ini adalah penting dalam usaha membina para graduan berwibawa agar dapat bersaing secara sihat selepas tamat pengajian. Kecekapan mengendalikan program-program seperti ini akan membantu para pelajar membina keyakinan diri dalam perhubungan awam dan komunikasi di samping membuka minda para pelajar mengenai kepentingan pembinaan sosial para siswazah yang berdaya saing.

Kenali Koordinator Kami (Admin)

Hai! Assalamualaikum..

Dalam entri kali ini kami mahu memperkenalkan koordinator-koordinator kami daripada bahagian admin.

PENGURUS ACARA


NUR ELYANA AQILAH BINTI HANIZI

·       Membuat kertas kerja yang lengkap untuk projek tersebut
·       Membuat penempahan dewan/tempat untuk pementasan teater
·       Mengendalikan mesyuarat produksi dan mesyuarat artistik
·       Memberi nasihat kpd koordinator yg mempunyai masalah
·       Mengetahui semua aktiviti/gerak kerja department
·       Ketua di bahagian admin (marketing & publisiti,logistik,kebajikan&hospitaliti,setiausaha,pameran & dokumentasi & penajaan) 









PENGURUS KEWANGAN


NORMALA BINTI MOHD DAHLAN 


-merancangan dan memaksimumkan keuntungan.
-bertanggungjawab dalam penerimaan dan pengeluaran kewangan didalam produksi.
-memastikan strategik kewangan berjalan dengan lancar.
-menguruskan kewangan dengan baik.
-mengira bajet dengan secara terperinci.
-membentukan belanjawan modal (membuat estimate bajet berdasarkan modal yang ada)
-menentukan struktur modal.
-menguruskan modal kerja.







 BAHAGIAN PEMASARAN DAN PUBLISITI

 MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN SUHAIMI

Membuat strategi penjualan
Bertanggungjawab menjual tiket
Memastikan lokasi tiket dijual strategic
Menentukan tarikh dan masa pementasan



NURAMIRA IZZATI BINTI SHAIFUL BAHRI
 

Mencari publisiti
Mengumpulkan maklumat publisti untuk memohon publisiti
Menguruskan laman sesawang produksi
Memastikan maklumat produksi sampai kepada umum
















BAHAGIAN KEBAJIKAN DAN HOSPITALITI


NOR SYUHADAH BINTI MOHD JAIS



Menyediakan makanan untuk semua ahli produksi dan krew-krew yang terlibat semasa Minggu Produksi.

· Menyediakan tempat makan di lokasi pementasan, sekali gus tempat untuk Cast Party.

· Memastikan makanan yang dihantar oleh pihak katering tepat pada waktunya bagi mengelak berlaku pembaziran kerja bahagian yang lain.
WAN NUR SHAHIRA BINTI WAN HAMAT


· Memastikan kebersihan ditahap yang paling memuaskan.


· Memastikan keadaan kawasan selamat daripada berlakunya kecederaan.

· Memastikan kesihatan ahli (terutama pelakon) dalam keadaan yang memuaskan.












BAHAGIAN LOGISTIK 

AKMAL ARIFF BIN IBRAHIM

Penyediaan fasiliti bagi kegunaan Diploma Showcase.

Penyediaan ruang latihan bagi para pleakon
Penyediaan bilik mesyuarat produksi
Penyediaan ruang makan kepada krew untuk minggu produksi.
Penyediaan kedudukan para penonton untuk hari pementasan.









NOR FATIYHAH BINTI IBRAHIM

Penyediaan Pengangkutan bagi kegunaan Diploma Showcase.


Penyediaan pengangkutan bagi krew untuk minggu produksi.
Penyediaan kenderaan pengangkutan bagi peralatan untuk minggu produksi
Penyediaan pengangkutan bagi penonton pada hari pementasan.














BAHAGIAN DOKUMENTASI
 
MOHD NAZLI BIN MOHD NAWI

Bertanggungjawab dalam mengendalikan segala sesuatu mengenai program acara buku dari reka bentuk, susun atur  kedudukan, mencetak dan menerbitkan

Bertanggungjawab dalam mengendalikan pameran yang akan diletakkan di pintu masuk Dewan Sri Budiman dari reka bentuk, susun atur dan kepada kedudukan 
ZAINUR AZIERA BINTI ZAIDI

Bertanggungjawab mengambil gambar dan video sebagai rujukan dalam setiap acara yang berhubung dengan perkara pengeluaran 

SHEEREN NADIRA BINTI JASNEY

Bekerja bersama-sama sebelah-menyebelah dengan
jabatan pemasaran / publisiti dalam menghasilkan, di sebalik video adegan, merekabentuk poster acara dan sebagainya.
















BAHAGIAN PENAJAAN


FARAH SYUHADAH BINTI AZMAN AZIF

Mencari penaja sesuatu event.
Bertanggungjawab terhadap penaja event tersebut terutama berkenaan dengan hasil yang akan didapati oleh penaja tersebut atas event yang ditajanya.
Pencari penaja juga hendaklah memastikan syarat-syarat yang telah dipersetujui mengikut proposal tersebut harus dipatuhi.
Pencari penaja juga harus bertanggungjawab memberi tindak balas kepada penaja tentang event yang diadakan.





NUR AZIMAH BINTI RONI

 
NUR MUZALIFATON MUZAKAWARAH BINTI ABDUL RAHMAN

NUR ANIQAH BT KHALIM