Showing posts with label About Us. Show all posts
Showing posts with label About Us. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

Teater Lagenda


Assalamualaikum!

Dalam entri yang sebelum ini saya ada sebut mengenai teater yang akan kami persembahkan pada anda semua kan?

Untuk informasi anda semua, Teater Lagenda ini merupakan Diploma Showcase kami.

Oleh itu di dalam entri ini saya akan memperkenalkan kepada anda semua mengenai Diploma Showcase kami iatu Teater Lagenda.

Mengenai apa Diploma Showcase Teater Lagenda ini?


Diploma Showcase September 2012 ini merupakan ujian akhir dan wajib dijalankan oleh pelajar semester 5 Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi Mara. Melalui program ini, semua pelajar semester akhir dari program pengurusan seni (CT 114 ) dan seni lakon ( CT 113 )  akan terlibat sebagai pelajar yang akan dinilai. Dalam usaha memastikan perlaksanaan Diploma Showcase  ini dapat dijalankan dengan lancar, kerjasama semua termasuklah pihak Pengurusan  Fakulti, ahli produksi, krew dan sukarelawan adalah merupakan salah satu aspek yang amat penting. Sesungguhnya, tanpa kerjasama semua pihak bermula dari pihak atasan sehingga ke pihak pelajar sendiri, usaha untuk menjayakan diploma showcase di kalangan para pelajar terutamanya pelajar semester akhir adalah merupakan sesuatu yang amat sukar dicapai. Projek ini dikelola dan diuruskan oleh pelajar Pengurusan Seni semester 5 ( semester akhir ) di bawah pengurusan produksi Sang Artisan Production [Creative & Event Management].

Diploma Showcase juga merupakan satu himpunan ilmu yang digunapakai bagi mempraktikkan segala urusan dalam menjayakan satu pementasan teater yang akan berlangsung pada bulan September 2012. Berteraskan pada kesungguhan dan kerjasama semua pihak serta aplikasi ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan empat buah pementasan teater dari skrip Tan Sri P.Ramlee . Antaranya ialah Ibu Mertuaku, Musang Berjanggut,Ali Baba Bujang Lapok, dan Keluarga 69. Karya dari Tan Sri P.Ramlee juga dipilih ini kerana hasil karya tidak pernah dilupa oleh peminatnya dari semua genap lapisan umur. Tan Sri P. Ramlee adalah ’role model’ bagi pengiat seni di tanah air ini. Karyanya akan diolah semula oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dari UiTM.

Di antara objektif utama Diploma Showcase ini dirancang adalah bagi menjayakan penilaian akhir yang akan dilakukan oleh para pensyarah selain membuka peluang dan memberikan pendedahan jelas kepada pelajar  mengenai kepentingan kerjasama dan pergaulan positif yang merupakan salah satu ciri-ciri mahasiswa berketrampilan yang memenuhi kehendak dan keperluan semasa diperlukan di pasaran selain dari kecemerlangan akademik.  Langkah menganjurkan program seperti ini adalah penting dalam usaha membina para graduan berwibawa agar dapat bersaing secara sihat selepas tamat pengajian. Kecekapan mengendalikan program-program seperti ini akan membantu para pelajar membina keyakinan diri dalam perhubungan awam dan komunikasi di samping membuka minda para pelajar mengenai kepentingan pembinaan sosial para siswazah yang berdaya saing.

Monday, 2 July 2012

Produksi Sang Artisan


Assalamualaikum semua!

Hai! Hai! Hai!

Apa itu Sang Artisan? Mesti kamu semua tertanya-tanya mengenai kami kan?
Kami merupakan pelajar semester akhir daripada UiTM Puncak Perdana Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FFiTA).

Kami seramai 52 orang pelajar daripada kursus pengurusan di FFiTA ini diwajibkan mengadakan satu Diploma Showcase untuk projek final kami.

Teater apakah yang akan dipersembahkan nanti?
Tunggu untuk entri yang akan datang.

Tujuan blog ini dibuka adalah untuk memberi informasi kepada semua mengenai perkembangan dan perjalanan kami sepanjang penghasilan Diploma Showcase ini.

Anda akan megenali krew kami, pelakon kami, pengarah kami serta fakulti kami sendiri. Jadi, jangan segan silu untuk follow kami di blog, facebook, twitter dan juga youtube.

Pasti anda semua akan tertarik dengan apa yang akan kami tunjukkan nanti.

Oleh itu, kami semua pelajar semester akhir memohon agar ramai-ramai menyokong kami dan memberi kami peluang untuk menjejakkan kaki ke alam seni persembahan ini. Sokongan kamu semua sangat dihargai.

Sekian,

Mira Cikcit
(Koordinator Publisiti & Promosi)