Assalamualaikum!
Dalam entri yang sebelum ini saya ada sebut mengenai teater yang akan kami persembahkan pada anda semua kan?
Untuk informasi anda semua, Teater Lagenda ini merupakan Diploma Showcase kami.
Oleh itu di dalam entri ini saya akan memperkenalkan kepada anda semua mengenai Diploma Showcase kami iatu Teater Lagenda.
Mengenai apa Diploma Showcase Teater Lagenda ini?
Diploma Showcase September 2012 ini merupakan ujian
akhir dan wajib dijalankan oleh pelajar semester 5 Fakulti Filem, Teater &
Animasi, Universiti Teknologi Mara. Melalui program ini, semua pelajar semester
akhir dari program pengurusan seni (CT 114 ) dan seni lakon ( CT 113 ) akan terlibat sebagai pelajar yang akan
dinilai. Dalam usaha memastikan perlaksanaan Diploma Showcase ini dapat dijalankan dengan lancar, kerjasama
semua termasuklah pihak Pengurusan Fakulti,
ahli produksi, krew dan sukarelawan adalah merupakan salah satu aspek yang amat
penting. Sesungguhnya, tanpa kerjasama semua pihak bermula dari pihak atasan
sehingga ke pihak pelajar sendiri, usaha untuk menjayakan diploma showcase di
kalangan para pelajar terutamanya pelajar semester akhir adalah merupakan
sesuatu yang amat sukar dicapai. Projek ini dikelola dan diuruskan oleh pelajar
Pengurusan Seni semester 5 ( semester akhir ) di bawah pengurusan produksi Sang
Artisan Production [Creative & Event Management].
Diploma Showcase juga
merupakan satu himpunan ilmu yang digunapakai bagi mempraktikkan segala urusan
dalam menjayakan satu pementasan teater yang akan berlangsung pada bulan
September 2012. Berteraskan pada kesungguhan dan kerjasama semua pihak serta
aplikasi ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan empat buah
pementasan teater dari skrip Tan Sri P.Ramlee . Antaranya ialah Ibu Mertuaku, Musang Berjanggut,Ali Baba
Bujang Lapok, dan Keluarga 69. Karya dari Tan Sri P.Ramlee juga dipilih ini kerana hasil karya tidak pernah
dilupa oleh peminatnya dari semua genap lapisan umur. Tan Sri P. Ramlee adalah
’role model’ bagi pengiat seni di tanah air ini. Karyanya akan diolah semula oleh
pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dari UiTM.
Di antara objektif utama
Diploma Showcase ini dirancang adalah bagi menjayakan penilaian akhir yang akan
dilakukan oleh para pensyarah selain membuka peluang dan memberikan pendedahan
jelas kepada pelajar mengenai kepentingan
kerjasama dan pergaulan positif yang merupakan salah satu ciri-ciri mahasiswa
berketrampilan yang memenuhi kehendak dan keperluan semasa diperlukan di
pasaran selain dari kecemerlangan akademik.
Langkah menganjurkan program seperti ini adalah penting dalam usaha
membina para graduan berwibawa agar dapat bersaing secara sihat selepas tamat
pengajian. Kecekapan mengendalikan program-program seperti ini akan membantu
para pelajar membina keyakinan diri dalam perhubungan awam dan komunikasi di
samping membuka minda para pelajar mengenai kepentingan pembinaan sosial para
siswazah yang berdaya saing.
No comments:
Post a Comment