Genre
KATA-KATA PENGARAH
SINOPSIS TEATER ALI
BABA BUJANG LAPOK
Teater
Ali Baba ialah gabungan dua buah filem iaitu Ali Baba dan Pendekar Bujang Lapuk
yang akan diadaptasikan kepada teater Ali Baba Bujang Lapok. Cantuman dua buah
filem ini akan menengahkan elemen ‘feminist’ iaitu yang akan diserlahkan
melalui watak Marjina, Aini, Norsiah dan Ros yang hanya dianggap watak biasa
namun mempunyai peranan yang amat besar dalam membantu orang yang berada
disekelilingnya yang memerlukan bantuan mereka untuk menyelamatkan keadaan.
Walaupun teater ini lebih berfokuskan kepada elemen ‘feminist’, watak tiga orang lelaki dalam
filem Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok tetap diutamakan kerana
watak inilah menjadi tunjang utama teater Ali Baba ini akan Nampak lebih
menarik.
KONSEP TEATER ALI BABA BUJANG LAPUK
TEATER ALI BABA BUJANG LAPUK adalah gabungan 2 filem komedi P Ramlee yang
terkenal iaitu Pendekar Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. Olahan ini cuba
menampilkan dan memberi gaya baru pada karakter dan watak-watak sampingan seperti Erni dan
Marjinah yang menunjukkan kebijaksaan seorang gadis pembantu rumah dalam
menyelesaikan masalah tuan rumahnya iaitu Pendekar Mustar dan Kassim Baba. Ali
Baba Bujang Lapok cuba mengangkat feminis dalam olahan barunya yang bersahaja.
Pengarah
Mohd Saad Omar
dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Teluk Intan
Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Horley Methodist, Teluk Intan
dan di sekolah Menengah Seri Perak Teluk Intan. Kemudian melanjutkan pelajaran
dalam bidang Fine Arts di Institut Teknologi Mara. Giat menulis teater sewaktu
dikolej dibawah bimbingan Pusat Kebudayaan ITM. Antara teater yang telah
dipentaskan oleh para pelajar berdasarkan skripnya adalah Hari Raya Selamat dan Kelab
Jiwa Luka.
Pernah memenangi hadiah saguhati dalam sagu hati Sayembara Mengarang Skrip Drama
Pentas Sempena 50 Tahun Merdeka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
teater bertajuk Langgam Merdeka pada
tahun 2009. Himpunan tulisan skrip pentas itu diterbitkan oleh DBP dengan tajuk
Satu Dalam Seribu.
KATA-KATA PENGARAH
Dari segi konsep pula, Ali Baba Bujang Lapok mendapat
inspirasi dari gaya Jerzy Grotowski “Theatre of Poor” dan semangat minimalism dari gaya Peter Brooks dan lain-lain lagi. Ali Baba
Bujang Lapok cuba mengaplikasikan ruang dan teknikal dengan gaya bersahaja dan
santai.
Lucky Club Casino Site - Live VIP Casino Review 2021
ReplyDeleteLucky Club is the perfect place to have a good time. luckyclub They have the perfect atmosphere and a high level of quality gaming experience. The welcome bonus is