Melodrama
SINOPSIS TEATER IBU MERTUAKU EPISODE 1
Teater
Ibu Mertuaku Episod 1 adalah sebuah teater yang berkonsepkan Melodrama yang mengisahkan
kisah percintaan Sabariah dan Kassim Selamat yang tidak kesampaian kerana
disebabkan seorang ibu mertua yang kejam
dan pentingkan diri sendiri iaitu Nyonya Mansoor. Kisah percintaan mereka
bermula apabila lagu-lagu Kassim Selamat sering diputarkan di radio Singapura.
Malangnya, ibu Sabariah iaitu Nyonya Mansoor tidak suka kepada lelaki yang
berkarier sebagai seorang ahli muzik. Nyonya Mansoor lebih mahukan Sabariah
berkhawin dengan Dr Ismadi pilihannya sendiri kerana status pangkat dan
keturunan. Sabariah membuat keputusan untuk bersama dan berkhawin dengan Kassim
Selamat. Oleh kerana itu pilihan Sabariah, Nyonya Mansoor telah menikahkan
anaknya dengan Kassim Selamat sebagai tanda protes serta Sabaraiah tidak
dianggap lagi ahli keluarganya. Dengan bantuan sebanyak lima ribu ringgit dari
Nyonya Manssor mereka telah berpindah ke Pulau Pinang. Lantaran daripada itu,
kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan daif. Adakah kisah percintaan
mereka akan berterusan atau sebaliknya, saksikanlah Teater Ibu Mertuaku Episod
1 kerana teater ini akan menggunakan implimentasi 'katak' dan juga teknik element 'kabuki'.
Pengarah
Umi Kalsom Ahmad
University of Science Malaysia, Performing Arts 1996
KATA-KATA PENGARAH
"Ibu Mertuaku Episode 1 merupakan luahan rasa kotempori tradisi kabuki & hibrasi tempatan"
No comments:
Post a Comment